.: Perutusan :.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat Datang ke laman web (blog) yang mengandungi maklumat tentang saya selaku Ahli Parlimen Batang Lupar, profail kawasan, aktiviti yang di rancang dan yang di jalankan, lawatan ke kawasan/turun padang, projek yang di rancang dan di luluskan, potensi di dalam kawasan yang harus di terokai dan di maklumkan kepada ramai serta kakitangan yang membantu saya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di Parlimen Batang Lupar.

Kemenangan saya tanpa bertanding bagi Barisan Nasional di kawasan Parlimen Batang Lupar dalam pilihanraya umum 2004 pada 13 Mac 2004 adalah hadiah yang begitu istimewa bagi saya selaku calon yang pertama kali bertanding di kawasan ini . Ini adalah satu isyarat agar saya berkhidmat dengan tekun dan komited bagi membangun kawasan selaras dengan hasrat rakyat di parlimen Batang Lupar.

Dengan adanya laman web ini saya sangat berharap agar tuan/puan sudi memberi maklumbalas, cadangan dan pandangan untuk saya dan kakitangan merancang pembangunan selaras dengan kehendak kerajaan dan rakyat. Dengan adanya laman web ini akan membolehkan tuan/puan mengenali kawasan Parlimen Batang Lupar dengan lebih jelas dan terperinci. Parlimen Batang Lupar juga akan sentiasa menyokong hasrat YAB Perdana Menteri agar Malaysia adalah sebuah negara yang maju, cemerlang, gemilang dan terbilang, seperti yang terkandung dalam Manifesto Barisan Nasional dalam pilihanraya ke-11 baru-baru ini.

Saya sangat menghargai tindakan tuan/puan yang sudi melayari laman web saya dan berharap keikhlasan tuan/puan memberi segala maklumbalas akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah SWT, Insyallah.

Sekian. Terima Kasih.

Wassalam

Datuk Hajah Rohani Binti Haji Abdul Karim
Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Batang Lupar, Sarawak

Explore posts in the same categories: Perutusan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: